Apa itu Disleksia?

Disleksia

Apa itu Disleksia?


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :


  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Sukar mengenal bentuk atau warna
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
  • membezakan 15 dengan 51
  •  “was” menjadi “saw”
  •  ‘b’ dengan ‘d’‘
  •  Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  •  Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
  •  Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
  •  Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya

  •   Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  •   Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  •   Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
  •   Gangguan emosi (seperti kemurungan)
  •   Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
  •   Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
  • Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  • Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
  • Terapi pertuturan
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
  • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
  • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
  • Merasa pergerakan bibir
  • Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :
  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
  • Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
  • Gunakan video atau kaset untuk belajar
  • Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

14 comments:

Nashgal said...

Nice artikel. Mohon share
Www.Ibusrikandi. Com

azizahabas said...

My son having dislexia problem but nobody realise. They said this is too early and this problem is command for children 6 years old.

Asiah jusoh said...

Tq utk info masalah dislexia.
Mohon share

Unknown said...

Tq

ummi waqqas said...

info yg baik, boleh buat rujukan.

Unknown said...

Good info

Unknown said...

terima kasih maklumat yang amat berguna..

Yatie said...

Jangan tunggu lama.. Itu bukan awal sangat..

Unknown said...

Terima kasih untuk info yg berguna ini..pengajaran untuk saya dan semua keluarga agar mengubah cara pandangan dan cara menangani masalah pada individu yang menghidapi dsleksia.

Unknown said...

Di mana kawasan Sabah yg mengajar anak-anak yg menghadapi deklesia

Ahmad Rusdi BIN Zakaria said...

Anak Saya Ada simtem tulis terbalik d tulis b, Disleksiasi ni adakah boleh baik dgn. Sendiri atau kekel himgga dewasa. Haran dapat penjelasan.

Unknown said...

Kwn sy disleksia. .tp ble besar dy normal mc owg biasa..skrg kerja engineer

Hasan Mohd Nor said...

Semua orang patut dan perlu ambil tahu tentang permasalahan disleksia. Malah, bersedia membantu memainkan peranan bagi membantu golongan ini tidak kira sama ada mereka ahli keluarga kita atau sesiapa sahaja. Mereka juga berhak untuk disayangi dan mendapat hak-hak lain sebagaimana orang normal. Jangan sisihkan mereka. Mereka, sebenarnya adalah anugerah Allah yang istimewa kepada orang-irang terpilih. Bersyukurlah. Anda juga istimewa.

Unknown said...

Ank Sy tengok mcm pandai.kreatif..tp Sll rendah diri..x mau belajar

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India