KEPELBAGAIAN MURID DAN IMPLIKASI PELAKSANAAN KURIKULUM

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, mempunyai pelbagai latar belakang, budaya, agama, bahasa dan komuniti masing-masing. Oleh itu, pelbagai jenis sekolah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing. Justeru itu, peranan utama sekolah adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan kebudayaan kumpulan etnik mereka.


Dengan kata lain, kandungan kurikulum sekolah seharusnya dapat mencerminkan kehendak dan aspirasi masyarakat, iaitu mengutamakan mata pelajaran kebudayaan masyarakat, di samping kemahiran-kemahiran yang boleh menjadi tenaga kerja untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara mereka. Dengan itu, kebudayaan kumpulan etnik di mana-mana masyarakat pun adalah berkait rapat dengan kurikulum sekolah mereka.

Di malaysia, kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik, khasnya kebudayaan rakyat berbilang kaum merentasi secara meluas dalam kurikulum sekolah terutamanya di dalam mata pelajaran bahasa dan pendidikan moral. “Satu Malaysia” menghargai dan menghormati identiti setiap kaum. Identiti yang berbeza itu dianggap sebagai aset, dan asas utama konsep ini adalah keadilan untuk semua kaum.

Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cermin kepada “Satu Malaysia”. Pelbagai perubahan dilakukan oleh kerajaan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah supaya setiap kaum mendapat pendidikan berlandaskan kepada kaum dan etnik masing-masing, isu ini amat penting agar mana-mana kaum tidak terpinggir dari pendidikan yang sepatutnya diperoleh.

Oleh itu, semua remaja perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepimpinan negara agar “pencapaian diutamakan” dapat direalisasikan, sekaligus menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan membangun.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India