CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS


TEKS PENGACARAAN MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG
SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.

TARIKH                         : 3 APRIL 2010
MASA                             : 8.30 PAGI
TEMPAT                        : DEWAN DARUL MAKMUR
TETAMU KEHORMAT: YANG HORMAT DATO’HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD
PENGACARA              -
                            


Sebelum ketibaan
Yang Hormat Dato’ Pengarah IPTAA
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan  Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamed, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:

  1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Hormat Dato’  Haji Mazlan Bin Mohamad, Tuan Pengarah dibuat oleh Pengacara Majlis.
  2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.
  3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis
  4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
  5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
  6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk menyanyikan semua lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat.


Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-tuan dan Puan-puan.

Mengumumkan Ketibaan Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, diiringi Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua Jabatan,       ketua-ketua unit dan para pensyarah masuk ke dalam dewan.

Bissmillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Serta sahabat dan keluarga baginda.

Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan   Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Yang Hormat Dato’ Haji Adam Amirul bin Zakaria,
Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berusaha Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua unit,
Para Pensyarah,
Barisan Ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Barisan Ahli Jawatankuasa Kerja Perhimpunan dan Upacara Khas,
Guru-guru pelatih sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Wan Muhammad bin Wan Jusoh dari Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda  Bahasa Melayu  Semester 3. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Wan Muhammad bin Wan Jusoh  atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan nyanyian Lagu Negeri Pahang, Lagu IPG dan Lagu IPTAA  yang akan dipimpin oleh saudari Nurasyidah Mohd Rasid dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah semester 4.

Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN LAGU


Para hadirin dipersilakan duduk.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Nurasyidah Mohd Rasid atas pimpinan lagu sebentar tadi. 


Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan oleh Yang Hormat Dato’ Haji  Mazlan bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

UCAPAN ALU-ALUAN

Terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad atas ucapan  sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis akan diteruskan dengan ucapan bertemakan Transformasi Pendidikan Ke Arah Pembentunkan Modal Insan Cemerlang dengan memberikan fokus kepada pembentukan modal insan berkualiti ke arah mencapai wawasan 2020  yang akan di sampaikan oleh Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria  tanpa membuang masa lagi, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENERANGAN

Terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria , Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysia atas kesudian beliau menyampaikan ucapan  sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Agenda majlis berikutnya ialah majlis penyampaian cenderamata. Majlis menjemput Encik  Roselan Bin  Ahmad untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Hormat Dato’ Pengarah menyampaikan cenderamata kepada Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria.  Majlis dengan segala hormatnya  mempersilakan


PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Hormat Dato’ Pengarah atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

 Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu Tekad dan  Negaraku yang dipimpin oleh Nurasyidah Mohd Rasid dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah  semester 4.

Para hadirin diminta berdiri,

NYANYIAN LAGU


Dengan nyanyian lagu tersebut  sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Tranformasi Pendidikan Ke Arah Pembentukan Modal Insan Cemerlang Sempena Karnival Pendidikan  Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Bagi pihak majlis saya ingin menyusun 10 jari memohon jutaan kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan yang disedari ataupun tidak.


Majlis menjemput Tuan Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit dan para pensyarah mengiringi Yang Hormat Dato’ Haji  Mazlan Bin Mohamed dan Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria, Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meninggalkan dewan dan menikmati jamuan di Teratak Selera bersebelahan dengan Kantin.

Sekian  sahaja dari saya ,
Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh

8 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum. Mohon saya jadikan ini rujukan. Halalkan ye :)

Yaya said...

Mohon guna.tk

Unknown said...

asalamualaikum, saya jugak mahu copy yew. halalkan. thank u

Gee said...

Assalam Tuan,
Mohon copy ye. Minta diHalalkan. Terima kasih.

Tengku Nurathifi Tengku Amdan said...

Assalam tuan, izinkan saya jadikan ucapan ini sebagai rujukan. Terima kasih tuan

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan. Izinkan saya juga untuk jadikannya sebagai rujukan. Mintak halal ya. Terima kasih Tuan

Amrina Rosyada said...

Assalammualaikum, izinkan saya untuk jadikan sebagai rujukan. minta halal ya

Unknown said...

assalamualaikum, izinkan saya guna serba sedikit ya

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India