Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina

a. Portfolio Kerja
  • Koleksi hasil kerja harian pelajar.
  • Mengandungi catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir.
  • Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar.
  • Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi.
  • Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan proses pengajaran.
b. Portfolio Dokumentari
  • Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.
  • Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya.
  • Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.
c. Portfolio Hasil
  • Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu bidang pembelajaran.
  • Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar.
  • Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang atau kumpulan pelajar
  • Hanya mengandungi hasil akhir.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India