Senarai perkataan emosi berserta maksud bagi perkataan tersebut.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi membawa maksud perasaan jiwa yang kuat. Emosi adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organisma untuk mengalami dan mengevaluasi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup dan bereproduksi, dengan mempersiapkan rencana sederhana untuk berbagai tingkah yang diperlukan, seperti mendekati atau menjauhi objek yang (tidak) boleh dicerna, bersaing bersama organisma lain atau lari jika organisme itu terlalu kuat (kemarahan vs ketakutan), dan membentuk atau kehilangan ikatan kooperatif berdasarkan pada altruisme berbalasan (kebanggaan vs. kesedihan) dengan organisme lain.

Bruno (1984), mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan bangkitan yang mengganggu garis dasar humeostasis. Oleh itu, Beliau melihat emosi daripada prespektif ini kerana apabila seseorang itu mengalami emosi, hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya.

English & English (1961) pula mentakrifkan emosi sebagai satu set tindak balas automatic, visceral dan tingkah laku lampau serta komunikasi emosi seperti ekspresi muka, isyarat, perkataan dan lain-lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Oleh itu, definisi emosi bagi English & English boleh dirumuskan dilihat sebagai satu tindak balas yang dipaparkan oleh organism secara keseluruhan.

Pada pandangan Chaplin (1985) sebaliknya cuba membezakan emosi dan perasaan. Menurut beliau, emosi adalah suatu keadaan bangkitan ( arousal ) yang dialami oleh organism yang melibatkan beberapa perubahan pada visceral, kesedaran dan tingkah lakunya. Apabila berhadapan dengan bahaya, seseorang ini berasa takut. Ini adalah sejenis emosi, kerana apabila takut seseorang itu akan mengalami beberapa perubahan viseral seperti berpeluh, menggigil dan kecut perut. Ada yang mungkin pengsan dan ada pula yang akan melarikan diri untuk mengelak situasi yang menakutkan itu.

Berdasarkan kesemua definisi dan teori yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh dan pakar psikologi, satu konklusi boleh diterbitkan. Emosi adalah rasa yang dialami seseorang. Rasa ini boleh diluahkan melalui gerakan tubuh badan dan bukan melalui lisan. Emosi seseorang datang secara spontan iaitu melalui situasi yang dialami. Luahan itu melalui penggiatan automatik di mana maklumat situasi yang dialamai daripada otak akan dihantar kepada hati untuk merasainya dan meluahkannya melalui gerakan badan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India