Suatu contoh situasi yang mencabar dan cadangan strategi-strategi mengurus emosi berdasarkan situasi tersebut.

6.1 Situasi :

Dalam melalui kehidupan ini, banyak situasi-situasi yang mencabar yang akan kita lalui. Saya juga pernah mengalami situasi yang mencabar minda dan emosi saya. Tidak ramai orang yang berani berhadapan dengan reptilia menjalar seperti ular. Saya adalah salah seorang daripadanya. Pengalaman saya terserempak dengan ular tedung ketika pulang dari sekolah sewaktu bersekolah rendah dahulu amat mencemaskan dan mendebarkan.

Kejadian tersebut berlaku ketika saya dan adik saya mengayuh basikal untuk pulang ke rumah setelah pulang dari sekolah. Kami di hantar oleh bas ke hadapan lorong rumah dan terpaksa mengayuh basikal untuk sampai kerumah kerana bas sekolah tersebut tidak memasuki lorong untuk kerumah kami. Sedang saya dan adik mengayuh basikal, tiba-tiba

Refleksi introspektif perkembangan tahap kompetensi kecerdasan emosi diri sendiri dari aspek

5.1 Empati

Menurut kamus dewan edisi ke-4, empati (émpati) bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yg dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat ~ terhadap orang yg menghadapi masalah dadah.

Empati, iaitu kebolehan membayangkan dan menghayati emosi dan perasaan orang lain. Empati merupakan asas manusia. Orang yang menguasai kemahiran ini akan dapat melahirkan suasana harmoni dalam komunikasi sosial. Ini kerana individu tersebut dapat menggambarkan apa yang akan menjadi keperluan atau keinginan orang lain. Ini merupakan empati yang mencerminkan prinsip bertimbang rasa, memikirkan kebajikan dan kebahagian orang lain sebelum dirinya. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya berupaya membaca emosi orang lain, sering tumpu perhatian mendengar, prihatin dan memahami perasaan dan keperluan orang lain.

Oleh itu, boleh dibuat kesimpulan, individu yang memiliki sifat empati adalah seseorang yang begitu perihatan terhadap orang lain. Dia juga seorang

KEPELBAGAIAN MURID DAN IMPLIKASI PELAKSANAAN KURIKULUM

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, mempunyai pelbagai latar belakang, budaya, agama, bahasa dan komuniti masing-masing. Oleh itu, pelbagai jenis sekolah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing. Justeru itu, peranan utama sekolah adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan kebudayaan kumpulan etnik mereka. 

Dengan kata lain, kandungan kurikulum sekolah seharusnya dapat mencerminkan kehendak dan aspirasi masyarakat, iaitu mengutamakan mata pelajaran kebudayaan masyarakat, di samping kemahiran-kemahiran yang boleh menjadi tenaga kerja untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara mereka. Dengan itu, kebudayaan kumpulan etnik di mana-mana masyarakat pun adalah berkait rapat dengan kurikulum sekolah mereka.

Di malaysia, kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik, khasnya kebudayaan rakyat berbilang kaum merentasi secara meluas dalam kurikulum sekolah terutamanya di dalam mata pelajaran bahasa dan pendidikan moral. “Satu Malaysia” menghargai dan menghormati identiti setiap kaum. Identiti yang berbeza itu dianggap sebagai aset, dan asas utama konsep ini adalah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cermin kepada “Satu Malaysia”. 

Pelbagai perubahan dilakukan oleh kerajaan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah supaya setiap kaum mendapat pendidikan berlandaskan kepada kaum dan etnik masing-masing, isu ini amat penting agar mana-mana kaum tidak terpinggir dari pendidikan yang sepatutnya diperoleh. 

Oleh itu, semua remaja perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepimpinan negara agar “pencapaian diutamakan” dapat direalisasikan, sekaligus menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan membangun.

Pengertian Wacana dan Ciri - ciri Wacana

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa. Selain itu, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu kalimat. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat/ klausa. Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren. Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.

CIRI- CIRI WACANA

Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya. Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras bahasa ) dalam pertuturan.

Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.

Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar. Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.

Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya : Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.

Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan. Ayat- ayat yang dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna tautan ) dan koherens ( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.

Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

Wacana hendaklah ada maklumat baru. Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan hendaklah bersifat kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata.

Pro Forma Hubungan Etnik


Pro Forma Kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Nama Kursus
Hubungan Etnik
(Ethnic Relations)
Kod Kursus
WAJ3106
Kredit
2(2+0)
Jam Kontak
30 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama / Kedua
Hasil Pembelajaran
1.   Menjelaskan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik.
2.   Membincangkan aspek kerjasama politik dan hubungan etnik.
3.   Menghuraikan konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik.
4.   Meramal cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia.
5.   Membincangkan peranan masyarakat dan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik.  
Sinopsis
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Hasratnya adalah mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia. Adalah diharapkan pelajar dapat memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia. Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut perspektif Islam.
This course focuses on basic concepts of culture and an ethnic relation with special attention to the latter’s development in Malaysia. Its main aim is to bring about a specially-moulded Malaysian society. It is hoped that students will have a good understanding of the concept and develop ideas to tackle global challenges in cultural and ethnic relationships at national and Asian levels. This course also introduces students about ethnic relations from Islamic perspective.

 

                                                      








Tajuk
Kandungan
Jam
1.
Hubungan Etnik di Malaysia
1

  • Latar belakang
-       Pengenalan
-       Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969
  • Kepentingan hubungan etnik

2.
Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
3

Konsep Masyarakat
  • Etnik, etnisiti dan etnosentrisme
  • Ras, rasisme, prejudis, stereotaip dan diskriminasi


Konsep Budaya
·                    Kebendaan
·                    Bukan kebendaan
·                    Ciri-ciri budaya



Konsep Perpaduan dan Integrasi
  • Segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi

3
Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
5

  • Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik
  • Pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu
  • Zaman pluraliti
-       Kesultanan Melayu Melaka
-       Penjajahan
-       Selepas merdeka: politik, ekonomi, dan pendidikan




4.
Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
7
  • Modenisasi
-       Eropah
-       Luar Eropah
-       Malaysia
  • Hubungan etnik dalam konteks modenisasi di Malaysia
  • Acuan ekonomi Malaysia
  • Ciri-ciri etnik dalam konteks majoriti demografi, politik dan ekonomi
  • Pembangunan lima tahun
  • Isu-isu utama ekonomi
-       Agihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semula masyarakat
-       Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara dan hubungan etnik


5.
Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
2

  • Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia
  • Kerjasama politik dan hubungan etnik

6.
Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
3

  • Konsep perlembagaan
  • Sejarah penggubalan perlembagaan
             - Perlembagaan Malayan Union
             - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
             - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
             - Perlembagaan Kemerdekaan 1957
             - Perlembagaan Malaysia 1963
  • Unsur-unsur dalam perlembagaan
             - Bahasa Kebangsaan
             - Agama Persekutuan
             - Pemerintahan beraja
             - Kedudukan istimewa orang Melayu dan
               Bumiputra Sabah dan Sarawak
             - Kedudukan kaum Lain

7.
Agama dan Hubungan Etnik
3

·         Agama Islam dan agama-agama kain di Malaysia
  • Pendekatan Islam Hadhari
-       konsep
-       tujuan
-       prinsip
  • Asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama



8.
Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik di Malaysia
3

  • Cabaran dan implikasi
       -  Cabaran politik, sosial, ekonomi dan hubungan
           etnik di Malaysia
       -  Cabaran globalisasi
       -  Implikasi kepada hubungan etnik
  • Pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat 
            Malaysia:
-  persefahaman
-  bekerjasama
-  persaudaraan
-  kemesraan
-  budaya ziarah menziarahi
-  hormat menghormati



9.
Hubungan Etnik: Peranan Kerajaan dan Masyarakat
2

  • Peranan masyarakat
            - Integrasi nasional
            - Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
            - Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara
            - pendekatan-pendekatan lain dalam bidang politik,
              ekonomi dan sosial
  • Peranan kerajaan
             - Rukun Negara
             - Dasar Ekonomi Baru
             - Dasar Pembangunan Nasional
             - Dasar Wawasan Negara
             - Wawasan 2020
             - Dasar Pendidikan Kebangsaan




Jumlah
30



Pentaksiran
Kerja Kursus:           50 %
Peperiksaan Akhir:  50%
Rujukan Asas
Abdul Aziz Bari. (2000). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azmi Aziz &Shamsul A.B. (2004). ‘The religious, the plural, the secular and the modern: A brief critical survey on Islam in Malaysia. Inter Asia Cultural Studies. Vol. 5, No. 3 December.
Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Malaysia: Prentice Hall.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara.
Wan Mohd. Nor Wan Daud. (2001). Pembangunan di Malaysia. Kuala    Lumpur: ISTAC.
Rujukan Tambahan
Harrison, P. (1987). Inside the third world: With a revised review. New York: Peguins Books.
Andaya, B & Andaya, L. (2001). A History of Malaysia (2nd ed.) Honolulu: University of Hawaii Press.
Cheah Boon Keng (2002). Malaysia: The making of nation. Singapore: ISAS.
Francis Lok Kok Wah & Khoo Boo Teik. (2002). Democracy in Malaysia: Discourses and practices. London: NIAS-Curzon Press.
Heng Pek Koon, (1997) ’The new economic policy and the Chinese community in Peninsular Malaysia’, The Developing Economies XXXV (3).
Hirchman, Charles. (1986). ‘The making of race in colonial Malaya: Political economy and racial ideology’. Sociological Forum. Volume 1 No. 2.
Ibrahim, Zawawi (ed). (1998). Cultural contestations: Mediating identities in a changing Malaysian society. London: ASEAN Academic Press.
Mohd Aris Hj. Othman. (1983). Perkembangan Perlembagaan Malaysia.   Petaling Jaya: Fajar Bakti.
S. Ahmad Hussein (et.al) (1996). Penyelarasan dalam federalisme    Malaysia: Kewangan, tanah dan hal-ehwal Islam. Penang: USM.
Snodgrass, Donald R. Zainal Aznam Yusof & Ishak Shari. (2002). Managing economic growth amid ethnic diversity: Malaysia 1970-1990. Cambridge: Harvard University Press.
Syed Mohamad Naquib Al-Attas. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: UKM.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India