Refleksi introspektif perkembangan tahap kompetensi kecerdasan emosi diri sendiri dari aspek

5.1 Empati

Menurut kamus dewan edisi ke-4, empati (émpati) bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yg dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat ~ terhadap orang yg menghadapi masalah dadah.

Empati, iaitu kebolehan membayangkan dan menghayati emosi dan perasaan orang lain. Empati merupakan asas manusia. Orang yang menguasai kemahiran ini akan dapat melahirkan suasana harmoni dalam komunikasi sosial. Ini kerana individu tersebut dapat menggambarkan apa yang akan menjadi keperluan atau keinginan orang lain. Ini merupakan empati yang mencerminkan prinsip bertimbang rasa, memikirkan kebajikan dan kebahagian orang lain sebelum dirinya. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya berupaya membaca emosi orang lain, sering tumpu perhatian mendengar, prihatin dan memahami perasaan dan keperluan orang lain.

Oleh itu, boleh dibuat kesimpulan, individu yang memiliki sifat empati adalah seseorang yang begitu perihatan terhadap orang lain. Dia juga seorang
pendengar yang baik dan mampu memahami orang lain. Individu ini akan lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya.

Berdasarkan refleksi rakan-rakan terhadap diri saya, mereka menyatakan bahawa saya mempunyai sifat empati. Digambarkan bahawa saya suka membantu orang lain yang mengalami masalah emosi. Saya juga dapat memahami orang lain dan lebih mengutamakan mereka. Oleh itu, mereka lihat saya ada memiliki sifat empati ini.

Berdasarkan refleksi kepada diri sendiri, saya merasa tahap empati saya tidak terlalu tinggi. Mungkin kata rakan-rakan itu benar. Namun, saya rasa saya tidak mencapai tahap empati yang tinggi seperti kakak saya. Kakak saya begitu menjaga hati orang lain. Saya sedari bahawa dia sentiasa meletakkan dirinya pada situasi orang lain untuk merasa perasaan yang dialami orang lain. Dia menjadi contoh kepada saya. Saya mula mengembangkan sifat empati dan setiasa mencuba untuk memahami orang lain. Alhamdulilah, sehingga kini saya mampu memahami rakan-rakan yang mengalami masalah konflik. Saya akan meletakkan diri saya di tempat mereka dan saya dapat merasa apa yang dirasai mereka. Maka, konflik yang mereka hadapi dapat saya bantu kerana bersama-sama memikirkan jalan penyelesaian lebih baik daripada berfikir secara berseorangan. Boleh dirumuskan bahawa, saya memiliki sifat empati ini namun, bagi saya sifat empati yang tinggi seperti kakak saya masih tidak dapat saya capai.

5.2 Pengurusan konflik


Pengurusan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 (m/s 1780) bermaksud perihal atau kerja mengurus sesuatu, perihal mengurus syarikat, badan perniagaan dan lain-lain. Konflik pula bermaksud (m/s 814) perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain. Pengurusan konflik bermaksud kerja menguruskan sesuatu perselisihan antara individu, idea ataupun kepentingan dalam sesebuah kumpulan.

Selain itu, pengurusan konflik juga bermaksud seseorang yang dapat membuat rundingan dan menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan. Seseorang itu perlu bijak dalam menguruskan emosinya sendiri bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam konflik itu seterusnya mengalami tekanan.

Semasa masih berada dalam alam persekolahan dulu, saya mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan aspek pengurusan konflik. Dua orang rakan saya tidak bertegur sapa selama empat hari. Pada awalnya, saya tidak menyedarinya, dan pada hari kedua saya mulai menyedarinya. Mereka tidak bertegur dan masing-masing seperti mengelakkan diri dari berjumpa antara satu sama lain.

Masuk hari ketiga perang saudara mereka, saya segera bertindak dengan meringankan mulut bertanya salah seorang daripada mereka tentang masalahnya. Setelah memberi sedikit pandangan dan nasihat saya berfikir cara untuk membantu mereka. Namun begitu, saya masih perlu mendengar masalah dari kedua-dua pihak dan seterusnya saya berjumpa dengan rakan saya seorang lagi agar dapat mendengar masalahnya pula.

Akhirnya, saya dapat mencari dimana kesilapan ke dua-dua pihak dan berusaha menyelesaikan masalah mereka secara baik. Kemudian pada hari berikutnya mereka berbaik-baik semula setelah mendengar nasihat saya dan berfikir baik dan buruknya perbuatan mereka itu.

Sekiranya saya tidak mendengar masalah kedua-dua belah pihak, saya mungkin tersilap penilaian dan semestinya akan memburukkan keadaan. Oleh itu, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang itu harus bijak mencari idea yang terbaik serta perlu adil terhadap kedua-dua belah pihak yang berselisihan.

5.3 Membangunkan individu

Membangunkan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 (m/s 123) bermaksud menyuruh seseorang yang sedang tidur bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan. Individu pula bermaksud (m/s 575) orang perseorangan, manusia seorang diri. Membangunkan individu bermaksud menggerakkan atau membangkitkan seseorang. Selain itu, membangunkan individu lain bermaksud seseorang yang dapat mengesan bagaimana orang lain boleh berkembang dan menggalakkan kebolehan dan keupayaan mereka.

Setiap orang mengimpikan kejayaan di dalam hidup. Namun, tidak semua orang mampu memperoleh kejayaan sendirian. Mereka memerlukan seseorang yang boleh membantu mereka menaikkan semangat mereka untuk memperoleh kejayaan. Pengalaman saya sendiri ialah saya dapat mengesan kebolehan adik bongsu saya. Ketika umurnya mencecah 4 tahun, emak saya telah menghantarnya ke taska. Sejak itulah saya menyedari bahawa adik saya suka membaca buku dengan intonasi yang baik.

Setelah saya menyedari minatnya itu, saya suka menggalakkannya membaca buku dan membelikan buku-buku yang menarik untuknya. Kemudian, sewaktu dia sudah bersekolah rendah, saya mencadangkan idea kepada emak saya supaya menghantarnya menyertai pertandingan bercerita. Emak saya bersetuju dan kami mencari peluang untuk adik saya menyertai pertandingan bercerita peringkat kanak-kanak.

Apabila saya menjumpai petandingan-pertandingan yang sesuai, saya akan memaklumkan kepada emak saya dan kami bersama-sama menggalakkan adik memyertainya. Adik saya memang mempunyai bakat dalam bertandingan bercerita kerana dia telah banyak kali memenangi pertandingan yang telah disertainya. Kini adik saya, bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah, tetapi dia juga memperoleh kebolehan yang sukar dimiliki orang lain iaitu kebolehan bercakap di khalayak ramai.

Pertandingan bercerita yang sering disertainya, memberikannya keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai. Maka, selain daripada pertandingan bercerita, adik saya yang kini sudah darjah empat, turut aktif dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan disekolahnya seperti pertandingan nasyid, drama, dan sebagainya.

Saya sendiri berasa gembira kerana dapat mengesan kebolehannya diperingkat awal dan berusaha menggalakkannya sejak kecil. Dengan sokongan dan galakkan kami sekeluarga, adik saya mampu menjadi kanak-kanak yang aktif dan bijak.

5.4 Kerja berpasukan


Daniel Goleman, dalam buku beliau Emotional intelligence (1997), menyatakan kerja berpasukan ini merupakan kemahiran menyatu padukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui. Sesiapa yang berkemahiran ini biasanya berupaya memimpin, cekap berkomunikasi dan mahir menjalin hubungan interpersonal, berilmu pengetahuna, mempunyai kompetensi kecerdasan yang tinggi, berupaya berkongsi maklumat dan sumber serta berupaya berempati atas keperluan dan perasaan rakan-rakan kerja yang lain unutk membentuk kerja kolaborasi.

Oleh itu, kerja berpasukan boleh dikatakan sebagai melakukan kerja secara berkumpulan dan bersama-sama serta tidak mementingkan diri, sentiasa bersikap terbuka menerima pandangan orang lain dan mampu berkerjasama untuk mencapai sesuatu.

Melalui perbincangan bersama rakan-rakan, bagi mereka yang pernah berkerjasama dengan saya mereka menegaskan bahawa saya mempunyai sifat ini. Saya sentiasa bersedia untuk membantu yang lain dan bersama-sama menyiapkan tugasan dan memahami kehendak mereka. Namun, ada juga yang mengatakan bahawa saya lebih suka bekerja berseorangan. Oleh itu, dapat saya ringkaskan disini bahawa tahap kerja sama berpasukan saya adalah pada tahap yang sederhana sahaja.

Namun, sifat ini tidaklah berada pada tahap tinggi dalam diri saya. Memang benar, saya mampu bekerja secara berkumpulan namun tidak secara seratus peratus. Hal ini kerana saya lebih gemar kerja secara individu kerana lebih memuaskan hati. Kerja brpasukan ini bagus jika kita bekerja bersama orang yang pandai menjalankan tugas mereka. Bagi saya, jika kita bekerja dengan mereka yang agak malas, kerja tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, saya terpaksa melakukannya secara individu bagi menyiapkan kerja itu. Jika dibiarkan kepada mereka kerja tersebut tidak akan dapat disiapkan dan menyebabkan satu kumpulan akan gagal. Kerja berpasukan ini penting bagi menghindari dari kegagalan tapi ada ketika perlu dilaksanakan secara individu.


1 comments:

MeMohamad said...

fuhhhhhhhhhhh.

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India