Pengertian Wacana dan Ciri - ciri Wacana

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa. Selain itu, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu kalimat. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat/ klausa. Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren. Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.

CIRI- CIRI WACANA

Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya. Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras bahasa ) dalam pertuturan.

Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.

Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar. Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.

Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya : Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.

Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan. Ayat- ayat yang dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna tautan ) dan koherens ( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.

Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

Wacana hendaklah ada maklumat baru. Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan hendaklah bersifat kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India