Bahasa Inklusif


 Bahasa Kebangsaan

bahasa pentadbiran, bahasa penghantar utama dalam sesebuah negara. Digunakan di media massa, pusat pengajian tinggi, pemerintahan, parlimen, majlis konvokesyen, upacara rasmi kerajaan dan lain-lain. Bahasa kebangsaan menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara.

Bahasa Rasmi

digunakan untuk pentadbiran dan urusan-urusan rasmi dalam sesebuah negara. Contohnya untuk kegunaan dalam sebaran am (media massa), surat rasmi seperti borang permohonan,, dokumen peribadi seperti surat beranak, kad pengenalan, minit mensyuarat, urusan pos dan lain-lain. Bahasa rasmi boleh dipilih lebih daripada satu. Di Brunei ada dua bahasa rasmi (Inggeris dan Melayu). Di Singapura empat iaitu Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil.

Lingua Franca

bahasa yang terdapat dalam kawasan pertembungan bahasa yang intensif yang digunakan oleh penutur-penutur bahasa daripada pelbagai komuniti bahasa sebagai bahasa perantara sepunya dalam komunikasi.

 Bahasa Pijin

bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa yang terbentuk tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.

              A + B  =  C

Bahasa A bercampur dengan bahasa B menjadi bahasa C. Bahasa C tidak boleh dikategorikan sebagai bahasa A atau bahasa B. Bahasa Pijin bersifat sementara kerana tiada penutur asli.

berlaku di pasar, pusat-pusat perdagangan dan lain-lain yang dikunjungi oleh pelbagai penutur bahasa.

Bahasa Kreol

bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda. Biasanya bahasa kreol adalah percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi.  (Cth : Kreol Portugis di Melaka, Kreol Baba di Melaka ,)
Bahasa Koine

sama dengan bahasa lingua franca. Meliputi kebudayaan dan dialek-dialek di kawasan atau daerah tertentu.

Bahasa koine adalah dialek yang menjadi bahasa standard yang sepunya bagi daerah-daerah dalam satu kesatuan.

Cth: bahasa Arab.

Dunia Arab terdapat dialek yang berbeza. Oman, Kuwait, Iraq, Tunisia, Maghribi, Lebanon, Jordan dll.

Gunakan bahasa Al-Quran dan Hadis untuk mengatasi sekatan dialek tadi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India