Bahasa Eksklusif


Bahasa Eksklusif mempunyai bentuk tersendiri, yang terbatas serta serba unik. Diajar kepada penutur yang terbatas dalam kelompok dalaman (in-group) sama ada dari segi daerah, kumpulan, kelas, atau kelompok.

Bahasa Arkaik (archaic)

Bahasa kuno yang telah mati dan tidak berkembang lagi.
Cth : bahasa Sanskrit yang telah mati sejak abad ke-2 Masihi. Bahasa ini digunakan untuk kitab-kitab suci agama Hindu seperti Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, dan Atherva Veda. Diajar kepada para Brahmin dalam keadaan yang terbatas dan tertutup.

Cth lain : bahasa Latin.

Bahasa Slanga (slang)

Satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock atau pelajar universiti untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Dalam bahasa ini kata-kata baru muncul dan cepat hilang.
Bahasa Argot

Bahasa yang bersifat setempat, atau kumpulan sosial atau kumpulan sepekerjaan terutama sekali di kalangan masyarakat kelas bawah.

Bahasa Khusus

Bahasa khas yang digunakan dalam bidang-bidang profesional yang tertentu seperti para juruterbang. Bahasa ini sangat khusus sehingga sukar untuk diketahui oleh golongan lain.

Bahasa Rahsia

Bahasa yang digunakan untuk perisikan, pengedaran dadah dan lain-lain.
Sengaja dibuat supaya dapat simpan kerahsiaan.



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India