Etika Izin Laluan

Etika Izin Laluan adalah seperti berikut:

10.1 Izin Laluan tidak boleh dilakukan sebelum minit pertama dan semasa minit terakhir sewaktu pembahas berucap.

10.2 Izin Laluan hanya dibuka semasa sesi perbahasan dan tidak dibuka pada sesi penggulungan.

10.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon Izin Laluan.

10.4 Perlakuan yang kasar dan biadab seperti menepuk-nepuk meja , bertepuk tangan, memetik-metik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

10.5 Pembahas juga tidak boleh memperlihatkan rasa tersinggung apabila permohonannya untuk mendapat Izin Laluan ditolak.

10.6 Kata-kata yang diucapkan semasa Izin Laluan hendaklah halus, berbudi bahasa dan mencerminkan tatasusila, adab serta budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

10.7 Izin Laluan dipohon dengan seseorang pembahas itu berdiri dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap Izin Laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh:
  1. menerima Izin Laluan tersebut ketika itu
  2. menghabiskan ayatnya dahulu dan menerima Izin Laluan tersebut.
  3. meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat
Keputusan sama ada persidangan menerima atau menolak usul ditentukan oleh hakim perbahasan.Keputusan dibuat secara Juri (majoriti) untuk menentukan pihak yang menang. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

Keputusan akan diumumkan oleh Speaker Dewan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India