Ciri-ciri dan kualiti guru yang mempunyai Kompetensi Kecerdasan Emosi tinggi dari segi kompetensi personal.

Seseorang guru yang mempunyai kompetensi personal yang tinggi harus mempunyai sifat-sifat yang berikut:

Sikap pertama yang perlu dimiliki ialah sikap baik hati. Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid.. Apabila guru melayan kerenah murid-murid dengan baik, murid dapat belajar dalam keadaan yang tenang dan senang hati.

Sifat kedua yang perlu ada dalam diri seorang guru ialah jenaka. Sifat jenaka yang dimiliki seseorang guru akan dapat menceriakan dan menghidupkan suasana riang dan gembira di dalam kelas. Murid-murid juga tidak berada dalam tekanan ketika belajar. Oleh itu, guru yang suka berjenaka akan didampingi rapat oleh muridnya. Memiliki sifat ini juga membantu guru untuk mengajar dengan lebih berkesan dan murid juga akan menjadi cepat faham.

Selain itu, sifat lain yang perlu dimilik adalah penyabar. Hanya guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi sahaja boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bijak ialah guru yang mampu mengawal perasaan diri agar tidak mudah marah dalam pelbagai situasi. Guru yang bersifat sabar pula dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan murid-murid dan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Sifat keempat adalah bertanggungjawab. Sifat keempat ini akan mendorong guru untuk mengutamakan tugas yang telah diberikan. Guru yang memiliki sifat ini juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sempurna.

Sifat kelima adalah yakin. Kebanyakkan masalah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah adalah disebabkan sifat kurang yakin guru sendiri. Sifat yakin merupakan sifat yang perlu ada untuk mengajar murid. Jika tiada keyakinan diri, murid tidak akan dapat menerima apa yang akan diajar oleh guru. Selain itu, murid juga akan menghormati guru yang yakin dalam mengambil tindakan atau membuat keputusan yang tegas.

Sifat yang terakhir, seorang guru juga perlu ada sifat kepimpinan. Oleh itu, sifat ini akan membuatkan para pelajar akan mematuhi segala arahan atau tunjuk ajar yang diberikan oleh guru. Dengan sifat ini juga segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan berkesan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India