PERATURAN PERTANDINGAN BAHAS

PERATURAN PERTANDINGAN BAHAS

Peraturan pertandingan ini perlu dibacakan oleh Yang Arif Tuan Speaker untuk perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

Setiap pembahas diberi masa 8 minit untuk berucap manakala penggulung diberi masa 4 minit untuk membuat ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas/penggulung berucap.

Loceng
akan dibunyikan sekali pada akhir minit pertama menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat Izin Laluan manakala pada akhir minit ketujuh loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat Izin Laluan.

Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan menandakan bahawa masa untuk pembahas berucap telah tamat.

Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing.

Pada akhir minit ketiga masa penggulungan, loceng amaran akan dibunyikan sekali dan pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan telah tamat.

Semasa seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan memohon/membuat Izin Laluan dalam bentuk:

i. soalan
ii. kenyataan
iii. fakta/ penjelasan/ pembetulan
iv. ayat-ayat pendek yang berkait dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas

Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin Laluan. Izin Laluan haruslah padat dan bernas

Izin Laluan tidak boleh disalahgunakan untuk mengganggu pihak lawan. Setiap pasukan perlu mematuhi etika Izin Laluan. Markah akan dipotong jika terdapat pelanggaran terhadap etika ini.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India