Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara


“ Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara “
Mohd Yusuf Ibrahim
Ulasan Keseluruhan
Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan, apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu sendiri. Apa yang peliknya,
manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya, lalu berbangga dengan merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya agar lebih gemilang. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya..Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan lalu menjadi pendorong kejayaan seseorang itu, atau natijah kejahatannya yang berterusan, menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. 

Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu kerana, adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat mengngat dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan adakalanya manusia itu gagal memahami peristiwa itu sewaktu mereka memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi manusia itu, kerana manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu peristiwa itu, walaupun bukan secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya. 

Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya, kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan individu itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan sejarah dengan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah keduanya saling perlu memerlukan, kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu. Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan ahli-ahli agama. 

Contohnya, ahli agama Tsamawi (agama langit) berkonsepkan bahawa hidup manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat. Bahkan, kita juga sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia sedang bergerak menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah selama ini. Kesannya, setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya dahulu.Namun, bukan mudah untuk menebus atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan kesedaran insan, ditambah pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam dan citacitanya. Sejarah juga membuktikan bahawa ada yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan bunuh diri atas kekesalan yang dihadapi. 

Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dengan melihat masa lalu, untuk melangkahi masa depan dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan. Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangat menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama. Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana agama Islam tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya,sedang orang sekular itu bukan sahaja memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnah, dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal fikiran mereka sendiri. Kemudian, kita lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu, satu kumpulan masa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang keadaan yang sedang berlaku. Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dunia, akan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran, serta kesan pergerakan dunia keatas kita.Orang barat juga menganggap sejarah sebagai suatu ilmu yang tidak boleh dikaitkan dengan kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan.

Maksudnya, pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpa mempunyai motif yang lain,contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari kalangan orang barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong belaka, kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan menmbulkan bahaya didalam situasi politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itu boleh diterima, kerana sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telah disalahgunakan,selewengkan dan dipalsukan, untuk mencapai tujuan tertentu bagi golongan yang berkepentingan tertentu. 

Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan sahaja menyedarkan, menerang dan mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang sedang bergerak bersama-sama kita, dan pelengkapnya, kita juga adalah manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita memasuki bahagian menenai kepentingan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara. Sesebuah negara memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan melancarkan lagi kegiatannya. Ini kerana,Herodotus (Bapa Sejarah Dunia), mengatakan bahawa terdapat pengulangan atau kitaran, diantara sejarah semua tamadun dan negara secara berganti-ganti, umpama roda. Setiap tamadun mempunyai persamaan dari segi kelahiran dan kewujudan, lalu melalui perkembangan dan zaman kemuncak kejayaan, yang akhirnya membawa kepada keruntuhan tamadun dan negara itu. 

Peristiwa yang berlaku berzaman-zaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau generasi seterusnya, walaupun peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap perkembangan diantara tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar bagi generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Oleh itu, manusia perlulah belajar tentang sesuatu peristiwa dengan merujuk sejarah agar mendapat pengajaran. Ini kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah sangat jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan dari gejala sama ada dari segi sains, ekonomi mahupun politik, yang akhirnya akan menjadi sebahagian dari sejarah negara itu. Jadi, tidak dapat tidak, ahli ekonomi dan politik negara itu tidak akan dapat melihat, selain sejarah sebagai sumber rujukan yang sangat berguna, untuk mencerminkan keadaan masa lalu, kini dan masa depan. Ketiga-tiga elemen itu tidak akan terpisah dan mencerminkan antara satu sama lain. 

Namun, tidak mustahil ia terpisah disebabkan revolusi dan pemberontakan, yang bertujuan untuk menyingkirkan sistem negara itu dan berbeza dari yang lalu, atau dengan kata lain, ingin mengubah sejarah negaranya. Tidak mustahil juga pemberontakan itu berlaku untuk menegakkan sistem yang lama, setelah sekian lama diseleweng oleh golongan tertentu. Berbagai pemberontakan dan revolusi telah berlaku didunia ini, Revolusi Perancis 1789, Revolusi Rusia 1917 dan Revolusi Iran 1980-an. Mereka memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang sebagai adil dan sesuai bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi
yang diperjuangkan dahulu hancur disebabkan ketidaksesuaian dengan rakyat, dan ada pula yang diterima hingga muncul sistem yang lain, yang dipercayai mampu menyelamat dan membahagiakan manusia. Jadi perhubungan diantara masa-masa itu, mampu membawa manfaat dengan menjadikan masa kini adalah merujuk kepada masa lalu, untuk kepentingan masa depan. Sejarah juga amat penting didalam proses memilih kepimpinan, dimana sejarah sesebuah organisasi, dan sejarah kehidupan para pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka membangun, mendidik, dan berkhidmat kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam membuat pemilihan pemimpin, demi memastikan negara selamat dan terpelihara dibawah naungan mereka. 

Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi landasan dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan memimpin. Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat, tetapi ramai yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan peranan penting dalam memacu negara dan rakyat, agar tidak membawa negara kearah kehancuran dan kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah, negara Jerman dan pemimpinnya, Hitler yang membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan kemusnahan yang memberi kesan sehingga hari ini. 

Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras akan mengelakkan berlakunya berbagai bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi dari berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut emosi tanpa pertimbangan, hingga negara itu diheret kepada perang dan mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama sekali. Demikianlah betapa berperanannya sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan dan manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri. 

Memang benarlah sejarah sebagai ilmu masa silam yang amat penting, kerana kesejahteraan mampu lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadan bagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.

6 comments:

Unknown said...

kepentingan sejarah dalam memahami hubungan etnik di malaysia sama ke dengan tajuk di atas?

Unknown said...


LegendaQQ.Net

Pilihan Terbaik Untuk Permainan Kartu Sang

LEGENDARIS !!!
Min Depo 20Rb !!!
Kartu Para Sang LEGENDA !!!
WinRate Tertinggi !!!


Kami Hadirkan 7 Permainan 100% FairPlay :

- Domino99
- BandarQ
- Poker
- AduQ
- Capsa Susun
- Bandar Poker
- Sakong Online

Fasilitas BANK yang di sediakan :

- BCA
- Mandiri
- BNI
- BRI
- Danamon

Tunggu apalagi Boss !!! langsung daftarkan

diri anda di Legenda QQ

Ubah mimpi anda menjadi kenyataan bersama

kami !!!
Dengan Minimal Deposit dan Raih WD sebesar"

nya !!!

Contact Us :
+ live chat : legendapelangi.com
+ Skype : Legenda QQ
+ BBM : 2AE190C9

Unknown said...

Boleh cikgu tulis karangan tentang kepentingan sumber sejara

Unknown said...

Boleh tulis tentang kesan tidak mempelajari sejarah

cikgubalqisHyuha said...

boleh saya tahu dimanakah sumber-sumber dirujuk ye?

Unknown said...

J

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India