Bahasa Eksklusif mempunyai bentuk tersendiri, yang terbatas serta serba unik. Diajar kepada penutur yang terbatas dalam kelompok dalaman (in-group) sama ada dari segi daerah, kumpulan, kelas, atau kelompok.
Bahasa Arkaik (archaic)
Bahasa kuno yang telah mati dan tidak berkembang lagi.
Cth : bahasa Sanskrit yang telah mati sejak abad ke-2 Masihi. Bahasa
ini digunakan untuk kitab-kitab suci agama Hindu seperti Rig Veda, Sama Veda, Yajur
Veda, dan Atherva Veda. Diajar kepada para Brahmin dalam keadaan yang terbatas
dan tertutup.
Cth lain : bahasa Latin.
Bahasa Slanga (slang)
Satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru
digubal dan cepat berubah. Sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan
rock atau pelajar universiti untuk menghindarkan daripada diketahui oleh
anggota komuniti bahasa yang lain. Dalam bahasa ini kata-kata baru muncul dan
cepat hilang.
Bahasa Argot
Bahasa yang bersifat setempat, atau kumpulan sosial atau kumpulan
sepekerjaan terutama sekali di kalangan masyarakat kelas bawah.
Bahasa Khusus
Bahasa khas yang digunakan dalam bidang-bidang profesional yang
tertentu seperti para juruterbang. Bahasa ini sangat khusus sehingga sukar untuk
diketahui oleh golongan lain.
Bahasa Rahsia
Bahasa yang digunakan untuk perisikan, pengedaran dadah dan lain-lain.
Sengaja dibuat supaya dapat simpan kerahsiaan.
0 comments:
Post a Comment