Showing posts with label Pengantar Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pengantar Pendidikan. Show all posts

Suatu contoh situasi yang mencabar dan cadangan strategi-strategi mengurus emosi berdasarkan situasi tersebut.

6.1 Situasi :

Dalam melalui kehidupan ini, banyak situasi-situasi yang mencabar yang akan kita lalui. Saya juga pernah mengalami situasi yang mencabar minda dan emosi saya. Tidak ramai orang yang berani berhadapan dengan reptilia menjalar seperti ular. Saya adalah salah seorang daripadanya. Pengalaman saya terserempak dengan ular tedung ketika pulang dari sekolah sewaktu bersekolah rendah dahulu amat mencemaskan dan mendebarkan.

Kejadian tersebut berlaku ketika saya dan adik saya mengayuh basikal untuk pulang ke rumah setelah pulang dari sekolah. Kami di hantar oleh bas ke hadapan lorong rumah dan terpaksa mengayuh basikal untuk sampai kerumah kerana bas sekolah tersebut tidak memasuki lorong untuk kerumah kami. Sedang saya dan adik mengayuh basikal, tiba-tiba

KEPELBAGAIAN MURID DAN IMPLIKASI PELAKSANAAN KURIKULUM

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, mempunyai pelbagai latar belakang, budaya, agama, bahasa dan komuniti masing-masing. Oleh itu, pelbagai jenis sekolah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing. Justeru itu, peranan utama sekolah adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan kebudayaan kumpulan etnik mereka. 

Dengan kata lain, kandungan kurikulum sekolah seharusnya dapat mencerminkan kehendak dan aspirasi masyarakat, iaitu mengutamakan mata pelajaran kebudayaan masyarakat, di samping kemahiran-kemahiran yang boleh menjadi tenaga kerja untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara mereka. Dengan itu, kebudayaan kumpulan etnik di mana-mana masyarakat pun adalah berkait rapat dengan kurikulum sekolah mereka.

Di malaysia, kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik, khasnya kebudayaan rakyat berbilang kaum merentasi secara meluas dalam kurikulum sekolah terutamanya di dalam mata pelajaran bahasa dan pendidikan moral. “Satu Malaysia” menghargai dan menghormati identiti setiap kaum. Identiti yang berbeza itu dianggap sebagai aset, dan asas utama konsep ini adalah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cermin kepada “Satu Malaysia”. 

Pelbagai perubahan dilakukan oleh kerajaan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah supaya setiap kaum mendapat pendidikan berlandaskan kepada kaum dan etnik masing-masing, isu ini amat penting agar mana-mana kaum tidak terpinggir dari pendidikan yang sepatutnya diperoleh. 

Oleh itu, semua remaja perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepimpinan negara agar “pencapaian diutamakan” dapat direalisasikan, sekaligus menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan membangun.

PENGANTAR PENDIDIKAN

PENGANTAR PENDIDIKAN

ILMU PENDIDIKAN
Ilmu Pendidikan memerlukan landasan keilmuan karena pendidikan dapat dijadikan pijakan, arah, serta pilar utama terhadap pengembangan manusia, Bangsa dan Negara untuk selalu berwawasan luas demi tercapainya cita-cita bangsa. Bagi bangsa Indonesia pendidikan diharapkan bias mengusahakan pembangunan manusia pancasila sebagai manusia yang tinggi kualitasnya dan mampu untuk mandiri. Landasan keilmuan itu juga sebagai pemberi dukungan bagi perkembangan masyarakat. Sehingga Ilmu Pendidikan dapat dipertanggung jawabkan kebenarannya.

LANDASAN-LANDASAN YANG RELEVAN

Landasan Filosofis
Landasan yang berkaitan dengan makna atau hakekat pendidikan, menelaah masalah-masalah pokok seperti apakah pendidikan itu, mengapa pendidikan diperlukan, apa yang seharusnya menjadi tujuannya, dan sebagainya.

Landasan Sosiologis
Kegiatan pendidikan yang merupakan suatu proses interaksi antara dua individu, bahkan dua generasi, yang memungkinkan generasi muda mengembangkan diri.

Landasan Budaya
Landasan yang mempelajari tingkah laku yang dapat diterima kemudian menerapkan tingkah lakunya itu sendiri. Menjadikan anak sebagai anggota masyarakat. Landasn ini juga bertujuan agar pendidikan di Indonesia mengutamakan keseimbangan, keserasian dan keselarasan antara aspek pelestarian nilai-nilai luhur sosial, kebudayaan, dan aspek-aspek pengembangan.

Landasan Psikologi
Landasan yang berkaitan dengan pemahaman peserta didik, utamanya aspek kejiwaan. Psikologi menyediakan informasi tentang kehidupan pribadi manusia serta gejala-gejala aspek pribadi.

Landasan Ekonomi
Landasan ini membahas tentang budaya yang diperlukan dalam pandidikan, hasil dari pendidikan yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Landasan Agama
Landasan Agama dalam pendidikan memberikan keterangan bahwa agama berasal dari wahyu yang gerasal dari tuhan(dalam hal ini agama bersifat residental). Dengan landasan ini diharapkan pendidikan sesuai dengan nilai-nilai dan norma-norma yang berlaku pada agama.

Antropologi
Landasan ini berkaitan dengan landasan budaya. Dengan adanya landasan antropolgi,peserta didik dapat mengetahui kebudayaan daerah lain.

Hukum
Dengan adanya landasan ini setiap orang akan lebih berhati-hati dalam melakukan kegiatan(berkenaan dengan perilakunya). Jika ia melanggar maka ia akan dikenai hukuman atau sanksi sesuai dengan norma-norma yang berlaku.

Politik
Landasan politik penting untuk melatih jiwa masyarakat,berbangsa dan bertanah air dan juga dap[at dimaknai sebagai suatu studi untuk mengkritisi suatu system pemerintahan dan pemerintah yang bila memungkinkan melakukan penyimpangan amanat.

Senarai perkataan emosi berserta maksud bagi perkataan tersebut.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi membawa maksud perasaan jiwa yang kuat. Emosi adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organisma untuk mengalami dan mengevaluasi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup dan bereproduksi, dengan mempersiapkan rencana sederhana untuk berbagai tingkah yang diperlukan, seperti mendekati atau menjauhi objek yang (tidak) boleh dicerna, bersaing bersama organisma lain atau lari jika

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.

KEPELBAGAIAN MURID DAN IMPLIKASI PELAKSANAAN KURIKULUM

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, mempunyai pelbagai latar belakang, budaya, agama, bahasa dan komuniti masing-masing. Oleh itu, pelbagai jenis sekolah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing. Justeru itu, peranan utama sekolah adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan kebudayaan kumpulan etnik mereka.

PERMUAFAKATAN KOMUNITI DAN SEKOLAH

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Dengan kata lain, sekolah merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Maka, perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, jadi sekolah juga diertikan sebagai masyarakat kecil kerana sekolah merupakan sebahagian daripada masyarakat di mana semua anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah, mengikut peraturan-pertauran dan cara-cara yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja, sekolah juga berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya.

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

PEDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

Matlamat pendidikan dan reformasi pendidikan di negara Malaysia dari semasa ke semasa adalah usaha memperkembang insan seimbang serta membangunkan sumber manusia untuk kemajuan negara. Hal ini, dicerminkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Wawasan 2020 merupakan wawasan yang sangat mencabar bagi rakyat Malaysia terutamanya golongan pelajar. Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India