“
Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara “
Mohd
Yusuf Ibrahim
Ulasan Keseluruhan
Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah
lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain
sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan
seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan
akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama,
mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan, apakah kepentingan
sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang
sejarah, marilah kita menelusuri jalan-jalan ini kearah memahami tentang
sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses
pergerakan sejarah manusia itu sendiri. Apa yang peliknya,
manusia itu memang
mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang dirinya
sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas
banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya, lalu berbangga dengan merasakan
hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal
dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi
kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya,
timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya agar lebih gemilang. Ini
berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi
satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya..Semua ini
adalah hasil usaha yang berterusan lalu menjadi pendorong kejayaan seseorang
itu, atau natijah kejahatannya yang berterusan, menjadikannya menjalani hidup
yang sengsara seperti hari ini.
Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain
adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan
sebagai abstrak itu kerana, adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan
kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu
pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak
dapat mengngat dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan
adakalanya manusia itu gagal memahami peristiwa itu sewaktu mereka
memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi manusia itu, kerana
manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu peristiwa itu,
walaupun bukan secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah
berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya.
Natijah
dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita
simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah
mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya,
kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses menyimpan dan mengingat ini tidak
akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang ingatan, akan
mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan individu itu sendiri.
Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan sejarah
dengan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah keduanya saling perlu
memerlukan, kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang
lalu. Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan
ahli-ahli agama.
Contohnya, ahli agama Tsamawi (agama langit) berkonsepkan
bahawa hidup manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat.
Bahkan, kita juga sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia
sedang bergerak menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah
selama ini. Kesannya, setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang
cemerlang dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali kehidupan
yang lalu ke tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya dahulu.Namun,
bukan mudah untuk menebus atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan
kesedaran insan, ditambah pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam dan
citacitanya. Sejarah juga membuktikan bahawa ada yang gagal menebus kembali,
bahkan menjadi gila dan bunuh diri atas kekesalan yang dihadapi.
Hubungan
manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dengan melihat masa lalu, untuk
melangkahi masa depan dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Kesimpulan yang dapat
diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan
menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan. Seterusnya,
kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang
Barat dan sekular sangat menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya
sebagai falsafah dan agama. Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang
beragama Islam, kerana agama Islam tidak terpisah dengan kehidupan
penganutnya,sedang orang sekular itu bukan sahaja memisahkan dirinya dengan
agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnah, dan hanya bergantung
pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal fikiran mereka
sendiri. Kemudian, kita lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu, satu kumpulan masa
lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang keadaan yang sedang berlaku.
Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara
serta dunia, akan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan
persekitaran, serta kesan pergerakan dunia keatas kita.Orang barat juga
menganggap sejarah sebagai suatu ilmu yang tidak boleh dikaitkan dengan
kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan.
Maksudnya, pengkajian sejarah itu
hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpa mempunyai motif yang
lain,contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari kalangan orang
barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong belaka,
kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan
menmbulkan bahaya didalam situasi politik dan struktur masyarakat. Asas
anggapan mereka itu boleh diterima, kerana sudah terdapat banyak peristiwa yang
berlaku dalam sejarah itu telah disalahgunakan,selewengkan dan dipalsukan,
untuk mencapai tujuan tertentu bagi golongan yang berkepentingan tertentu.
Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan sahaja menyedarkan, menerang
dan mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang sedang bergerak bersama-sama kita, dan pelengkapnya, kita
juga adalah manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita memasuki
bahagian menenai kepentingan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara. Sesebuah negara
memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan melancarkan lagi kegiatannya.
Ini kerana,Herodotus (Bapa Sejarah Dunia), mengatakan bahawa terdapat pengulangan atau
kitaran, diantara sejarah semua tamadun dan negara secara berganti-ganti,
umpama roda. Setiap tamadun mempunyai persamaan dari segi kelahiran dan
kewujudan, lalu melalui perkembangan dan zaman kemuncak kejayaan, yang akhirnya
membawa kepada keruntuhan tamadun dan negara itu.
Peristiwa yang berlaku
berzaman-zaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau generasi seterusnya,
walaupun peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap perkembangan
diantara tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar bagi generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Oleh itu, manusia perlulah
belajar tentang sesuatu peristiwa dengan merujuk sejarah agar mendapat pengajaran.
Ini kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah sangat jelas. Masa kini
adalah hasil atau kesan dari gejala sama ada dari segi sains, ekonomi mahupun
politik, yang akhirnya akan menjadi sebahagian dari sejarah negara itu. Jadi,
tidak dapat tidak, ahli ekonomi dan politik negara itu tidak akan dapat
melihat, selain sejarah sebagai sumber rujukan yang sangat berguna, untuk
mencerminkan keadaan masa lalu, kini dan masa depan. Ketiga-tiga elemen itu
tidak akan terpisah dan mencerminkan antara satu sama lain.
Namun, tidak
mustahil ia terpisah disebabkan revolusi dan pemberontakan, yang bertujuan
untuk menyingkirkan sistem negara itu dan berbeza dari yang lalu, atau dengan
kata lain, ingin mengubah sejarah negaranya. Tidak mustahil juga pemberontakan
itu berlaku untuk menegakkan sistem yang lama, setelah sekian lama diseleweng
oleh golongan tertentu. Berbagai pemberontakan dan revolusi telah berlaku
didunia ini, Revolusi Perancis 1789, Revolusi Rusia 1917 dan Revolusi Iran
1980-an. Mereka memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang sebagai adil
dan sesuai bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi
yang diperjuangkan dahulu hancur disebabkan ketidaksesuaian dengan
rakyat, dan ada pula yang diterima hingga muncul sistem yang lain, yang
dipercayai mampu menyelamat dan membahagiakan manusia. Jadi perhubungan diantara
masa-masa itu, mampu membawa manfaat dengan menjadikan masa kini adalah merujuk kepada masa lalu, untuk
kepentingan masa depan. Sejarah juga amat penting didalam proses memilih
kepimpinan, dimana sejarah sesebuah organisasi, dan sejarah kehidupan para
pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka membangun, mendidik, dan berkhidmat
kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam membuat pemilihan pemimpin, demi
memastikan negara selamat dan terpelihara dibawah naungan mereka.
Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi landasan
dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan memimpin.
Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat,
tetapi ramai yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan peranan penting
dalam memacu negara dan rakyat, agar tidak membawa negara kearah kehancuran dan
kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah, negara Jerman dan
pemimpinnya, Hitler yang membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan
kemusnahan yang memberi kesan sehingga hari ini.
Kesalahan meletakkan pemimpin
yang betul dan waras akan mengelakkan berlakunya berbagai bagai perkara yang
tidak sepatutnya terjadi dari berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut
emosi tanpa pertimbangan, hingga negara itu diheret kepada perang dan
mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama sekali. Demikianlah betapa
berperanannya sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan dan manfaat terhadap
sesebuah negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri.
Memang benarlah
sejarah sebagai ilmu masa silam yang amat penting, kerana kesejahteraan mampu
lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadan bagi individu, bangsa dan
negara serta agama tercinta.
6 comments:
kepentingan sejarah dalam memahami hubungan etnik di malaysia sama ke dengan tajuk di atas?
LegendaQQ.Net
Pilihan Terbaik Untuk Permainan Kartu Sang
LEGENDARIS !!!
Min Depo 20Rb !!!
Kartu Para Sang LEGENDA !!!
WinRate Tertinggi !!!
Kami Hadirkan 7 Permainan 100% FairPlay :
- Domino99
- BandarQ
- Poker
- AduQ
- Capsa Susun
- Bandar Poker
- Sakong Online
Fasilitas BANK yang di sediakan :
- BCA
- Mandiri
- BNI
- BRI
- Danamon
Tunggu apalagi Boss !!! langsung daftarkan
diri anda di Legenda QQ
Ubah mimpi anda menjadi kenyataan bersama
kami !!!
Dengan Minimal Deposit dan Raih WD sebesar"
nya !!!
Contact Us :
+ live chat : legendapelangi.com
+ Skype : Legenda QQ
+ BBM : 2AE190C9
Boleh cikgu tulis karangan tentang kepentingan sumber sejara
Boleh tulis tentang kesan tidak mempelajari sejarah
boleh saya tahu dimanakah sumber-sumber dirujuk ye?
J
Post a Comment