TEKS
PENGACARAAN MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN
CEMERLANG
SEMPENA
KARNIVAL PENDIDIKAN
INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.
TARIKH : 3
APRIL 2010
MASA : 8.30
PAGI
TEMPAT : DEWAN DARUL MAKMUR
TETAMU KEHORMAT: YANG HORMAT
DATO’HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD
PENGACARA : -
Sebelum
ketibaan
Yang
Hormat Dato’ Pengarah IPTAA
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Sidang
hadirin yang dimuliakan,
Salam
hormat dan Selamat datang ke Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival
Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Majlis kita akan bermula sebentar
lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamed,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu
pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti
berikut:
- Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Tuan Pengarah dibuat oleh Pengacara Majlis.
- Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.
- Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis
- Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
- Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
- Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk menyanyikan semua lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat.
Sekian
sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-tuan dan
Puan-puan.
Mengumumkan
Ketibaan Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, diiringi Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah
kanan, Ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua unit dan para pensyarah masuk ke
dalam dewan.
Bissmillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum
w.b.t dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Serta sahabat dan
keluarga baginda.
Yang
Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Yang Hormat Dato’ Haji Adam
Amirul bin Zakaria,
Pegawai Penerangan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang
Berusaha Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Ketua-ketua
Jabatan,
Ketua-ketua
unit,
Para
Pensyarah,
Barisan
Ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Barisan
Ahli Jawatankuasa Kerja Perhimpunan dan Upacara Khas,
Guru-guru
pelatih sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat
Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi
mengikuti Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Sidang hadirin yang
dihormati,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Wan
Muhammad bin Wan Jusoh dari Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu
Semester 3. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
saudara Wan Muhammad bin Wan Jusoh atas bacaan
doa sebentar tadi.
Hadirin
hadirat sekalian,
Majlis pada hari ini diteruskan dengan nyanyian Lagu
Negeri Pahang, Lagu IPG dan Lagu IPTAA yang akan dipimpin oleh saudari Nurasyidah
Mohd Rasid dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah semester 4.
Hadirin diminta berdiri.
NYANYIAN LAGU
Para hadirin dipersilakan duduk.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari
Nurasyidah Mohd Rasid atas pimpinan lagu sebentar tadi.
Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan oleh Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan
Afzan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
UCAPAN ALU-ALUAN
Terima kasih kepada Yang
Hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad atas ucapan sebentar tadi.
Sidang hadirin yang
dimuliakan,
Seterusnya majlis akan diteruskan dengan
ucapan bertemakan Transformasi Pendidikan Ke Arah
Pembentunkan Modal Insan Cemerlang dengan memberikan fokus kepada pembentukan
modal insan berkualiti ke arah mencapai wawasan 2020 yang
akan di sampaikan oleh Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria tanpa membuang masa lagi, Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
UCAPAN
PENERANGAN
Terima kasih kepada Yang
Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin Zakaria , Pegawai Penerangan Kementerian
Pelajaran Malaysia atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Tuan-tuan
dan puan-puan sekalian,
Agenda majlis
berikutnya ialah majlis penyampaian cenderamata. Majlis menjemput Encik Roselan Bin Ahmad untuk mempersilakan dan mengiringi Yang
Hormat Dato’ Pengarah menyampaikan cenderamata kepada Yang Hormat Dato’ Haji. Adam Amirul bin
Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA
Ribuan terima
kasih diucapkan kepada Yang Hormat Dato’ Pengarah atas kesudian beliau menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.
Majlis kita
pada pagi ini diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu Tekad dan Negaraku yang dipimpin oleh Nurasyidah Mohd
Rasid dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah semester 4.
Para hadirin diminta berdiri,
NYANYIAN LAGU
Dengan
nyanyian lagu tersebut sebentar tadi,
maka berakhirlah Majlis Tranformasi Pendidikan Ke Arah Pembentukan Modal Insan
Cemerlang Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan, Kuala Lipis. Bagi pihak majlis saya ingin menyusun 10 jari memohon jutaan
kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan
kelemahan yang disedari ataupun tidak.
Majlis
menjemput Tuan Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua
Jabatan, Ketua-ketua unit dan para pensyarah mengiringi Yang Hormat Dato’
Haji Mazlan Bin Mohamed dan Yang Hormat Dato’
Haji. Adam Amirul bin Zakaria, Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk meninggalkan dewan dan menikmati jamuan di Teratak Selera
bersebelahan dengan Kantin.
Sekian sahaja dari saya ,
Wabilahitaufik
walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh
8 comments:
Assalamualaikum. Mohon saya jadikan ini rujukan. Halalkan ye :)
Mohon guna.tk
asalamualaikum, saya jugak mahu copy yew. halalkan. thank u
Assalam Tuan,
Mohon copy ye. Minta diHalalkan. Terima kasih.
Assalam tuan, izinkan saya jadikan ucapan ini sebagai rujukan. Terima kasih tuan
Assalamualaikum Tuan. Izinkan saya juga untuk jadikannya sebagai rujukan. Mintak halal ya. Terima kasih Tuan
Assalammualaikum, izinkan saya untuk jadikan sebagai rujukan. minta halal ya
assalamualaikum, izinkan saya guna serba sedikit ya
Post a Comment