Showing posts with label pemulihan. Show all posts
Showing posts with label pemulihan. Show all posts

Apa itu Disleksia?

Disleksia

Apa itu Disleksia?


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.

Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India