Konsep Negara Bangsa
• Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan
satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di
menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan
sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa
yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.
• CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu,
pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang
ketiga adalah aspek kebangsaan
• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara
itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh
ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera
Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina,
India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu
warganegara Malaysia.
2 comments:
Macam tak habis .. mana konsep ketiga; aspek kebangsaan..?
proses pembentukan negara bangsa mcm pulak ye? mohon perkongsian, t.kasih cikgu
Post a Comment