KONSEP MASYARAKAT
• Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Keperluan Mengkaji Masyarakat
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu,
seseorang yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan
mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan
masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya,
kita dapat memahami manusia secara keseluruhan.
2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.
Iini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar
peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.
3. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan
budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.seseorang yang
mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut.
4. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja
tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu
global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya,
memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan
membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.
Ciri-Ciri Masyarakat
1.Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah
yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling
bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini.
Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
2.Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi
dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.
3.Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan
terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai
contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada
masyarakat itu.
4.Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung
dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi
ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila
masyarakat bertemu di antara satu sama lain.
5,Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara
dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak
tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.
6.Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus
dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas
ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau
kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan
Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat
seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah
kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam
hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman
tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan
Sundra
1 comments:
Assalamualaikum, Tuan/Puan pemilik blog, saya Amirul dari UTM Skudai. Mohon pihak Tuan/ Puan meletakkan sumber rujukan nota di atas supaya mudah untuk di Quote. Saya percaya nota ini adalah ringkasan dari sumber yang sahih seperti penulisan bercetak. Segala perhatian pihak anda amat saya hargai. Assalamualikum,
Post a Comment