Konsep Animasi



Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ia juga merupakan simulasi pergerakan yang terbina dengan paparan gambar atau frame secara berterusan dan bersiri. Animasi juga merupakan antara medium multimedia yang paling diminati oleh sebab ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.


Animasi juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata.


Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagimembolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.


Selain itu, animasi berkebolehan menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. Dalam menyelesaikan suatu masalah matematik misalnya, adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan sehelai kertas putih. 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India